Penciptaan dan nama watak The Stig

Gagasan watak ini dibuahkan dalam konsep Jeremy Clarkson dan Andy Wilman untuk pembaharuan rancangan Top Gear yang membawa format baru setelah versi asal Top Gear melabuh tirai pada tahun 2001. Pelancaran semula Top Gear ditampilkan dengan penonton di studio, the Stig, balapan lumba, dan aksi lasak.[1] Clarkson diakui oleh Sunday Times sebagai empunya idea asal the Stig.[2] Clarkson dan Wilman mahu mencari seorang pelumba profesional untuk menyertai mereka, tetapi susah untuk mereka mencari seorang pemandu yang pandai berbahasa di hadapan kamera. Clarkson kemudian menanya Wilman apa gunanya pemandu itu boleh bercakap, maka adalah diputuskan bahawa watak The Stig ini sentiasa bisu.

Nama Stig berasal dari masa persekolahan Wilman dan Clarkson di Sekolah Repto, di mana pelajar lelaki yang baru sentiasa dipanggil "Stig".[1][3] Menurut McCarthy ketika ditemu bual pada tahun 2006, pihak penerbitan mahu pemandu misteri ini dipanggil 'The Gimp', tetapi setelah dibantah oleh McCarthy, maka ditetapkannya nama Stig.[4]


Rujukan

WikiPedia: The Stig http://findarticles.com/p/articles/mi_qn4161/is_20... http://transmission.blogs.topgear.com/2009/06/20/j... http://live.topgear.com/world_tour/worldtour2009/n... http://www.topgear.com/uk/videos/stig-revealed? http://www.topgear.com/uk/videos/the-stig--hms-inv... http://www.amazon.co.uk/Flat-Out-Broke-Formula-Har... http://www.autotrader.co.uk/EDITORIAL/CARS/FEATURE... http://www.autotrader.co.uk/EDITORIAL/CARS/FEATURE... http://www.autotrader.co.uk/EDITORIAL/CARS/news/AU... http://news.bbc.co.uk/1/hi/entertainment/8111588.s...